
Selamat Datang ke Website Rasmi
Jalinan Umrah
Jalinan Umrah merupakan satu platform yang pakej umrah dari beberapa travel agent yang mempunyai lesen yang sah dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia serta Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU). Travel agent yang mana kami lakukan kerjasama ini bukan sahaja sah, malah mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam selok-belok pengurusan umrah. Kami di Jalinan Umrah bertindak sebagai agen pemasaran kepada agensi-agensi ini kerana kami percaya, usaha yang baik yang telah dilakukan oleh mereka untuk memudahkan urusan perjalanan umrah para tetamu Allah ini harus dikongsi dan diwar-warkan kepada orang ramai serta kepada anda yang sedang mencari-cari pakej umrah yang berkualiti, dipercayai serta menepati kehendak anda.
Dalam era globalisasi dan dunia internet kini, platform sebegini adalah sangat perlu dan penting supaya memudahkan orang ramai untuk memilih harga pakej umrah yang berpatutan dari pembimbing umrah yang berpengalaman serta boleh dipercayai.
Oleh kerana pelbagai taktik dan cara yang dilakukan oleh mereka-mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai travel agent, tetapi mereka tidak berdaftar dengan muassasah (travel agent di Mekah & Madinah), menyebabkan banyak kes-kes penipuan pakej umrah berlaku. Inilah tujuan asal platform ini diwujudkan, bagi membolehkan anda memilih pakej umrah yang sesuai, harga yang berpatutan, melalui agensi umrah yang berkualiti dan terbukti boleh dipercayai.
Apa yang penting bagi kami, supaya anda mendapat pakej umrah yang 'transparent' agar mudah untuk menunaikan ibadah dengan selesa, khusyuk, serta dipermudahkan segala urusan. Ibadah umrah dan haji ini merupakan kemuncak kepada keimanan kita kepada Allah. Di izinkan oleh Allah untuk menjadi tetamuNya dan berkunjung ke rumahNya, merupakan idaman setiap yang menganut agama Islam.
Semoga usaha kami yang sedikit ini, dapat membantu para jemaah untuk beribadah serta dipermudahkan untuk mendapatkan pakej umrah yang berkualiti, dipercayai serta diyakini dari segi pengurusannya yang rumit dan pasti menguji keimanan mereka yang menguruskannya. Wallahu a'lam.
SERVIS DITAWARKAN
PAKEJ UMRAH BIASA
Pakej umrah biasa ini merupakan pakej umrah di Mekah & Madinah. Terdapat lawatan ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Mekah dan Madinah
PAKEJ UMRAH - ZIARAH
Pakej Umrah Ziarah pula adalah menggabungkan ziarah ke destinasi lain selain daripada Mekah & Madinah. Anda akan dibawa melawati tempat-tempat bersejarah Islam di beberapa negara.
BADAL HAJI
Kami turut menyediakan perkhidmatan menguruskan badal haji atau upah haji yang mana ianya dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan dipercayai.
KORBAN LUAR NEGARA
Kami juga melakukan ibadah korban di negara-negara umat Islam yang lebih memerlukan daging korban tersebut. Niat kami adalah untuk membantu sesama Islam.








