Tips Mengerjakan Umrah Dengan Membawa Kanak-Kanak

November 15, 2018

 

Menunaikan umrah pada usia muda terutamanya sewaktu masih bujang bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan oleh semua. Ada diantara kita yang mempunyai kewangan yang agak stabil sekaligus membolehkan mereka untuk melakukannya lebih awal berbanding dengan yang lain. Namun, tak kurang juga yang hanya berkesempatan tatkala telah berkeluarga. Jika masih berdua bersama dengan pasangan mungkin lebih mudah namun jika sudah mempunyai anak terutamanya anak kecil, pastinya sedikit merisaukan. Bukan apa, kanak-kanak ini bermacam ragam. Apa yang paling dirisaukan oleh ibubapa adalah ibadah mereka mungkin sedikit terganggu jika anak-anak mereka meragam. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa perkara yang berkaitan dengan pakej umrah kanak-kanak dan juga cara untuk mengawal umrah kanak-kanak.

 

PILIH TEMPAT PENGINAPAN YANG PALING DEKAT DENGAN MASJIDIL HARAM

 

Tips pertama umrah kanak-kanak adalah memilih pakej umrah yang menyediakan tempat tinggal yang paling hampir dengan Masjidil Haram atau lebih dikenali sebagai pakej umrah dekat masjidil haram. Ada beberapa perkara yang membuatkan kami merasakan ia merupakan diantara perkara terpenting dalam umrah kanak-kanak. Antaranya ialah, anda boleh merancang bersama-sama dengan pasangan untuk bergilir-gilir menjaga anak-anak anda. Jika jaraknya jauh, pastinya akan menyebabkan anda keletihan untuk berulang-alik. Selain itu, jika anak anda meragam, anda masih sempat untuk menenteramkan anak anda dan tidak terlalu terkejar-kejar untuk beribadah di Masjidil Haram. Ia juga penting jika anak anda perlu menggunakan tandas, anda masih sempat untuk pulang ke tempat penginapan.

 

SEDIAKAN BUSY BAG

 

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan busy bag ini? Ia merupakan sebuah bag yang dipenuhi dengan barang-barang yang mampu membuatkan anak-anak anda sibuk dan leka. Busy bag ini sangat penting bagi umrah kanak-kanak. Apa yang anda boleh sediakan didalam busy bag ini adalah barang-barang seperti Lego, jigsaw, whiteboard atau permainan video kanak-kanak. Anda juga boleh sediakan buku mewarna lengkap dengan peralatan untuk mewarna. Dengan cara ini, anda mampu membuatkan anak anda leka dan asyik dalam dunianya yang tersendiri sementara anda pula boleh untuk fokus beribadah.

 

 

SEDIAKAN BAJU DAN PAMPERS LEBIH DARI SECUKUPNYA

Pakaian kanak-kanak jika dibawa lebih bukanlah memakan ruang yang banyak. Lebih baik anda bawa lebih kerana anda pastinya tidak ingin pening kepala disana nanti memikirkan soal pakaian dan perlu untuk membasuh jika pakaian anak anda kotor. Kanak-kanak belum mampu untuk menjadi teliti seperti mana orang dewasa dan kadangkala apabila mereka makan sahaja sudah mampu untuk menyebabkan pakaian mereka kotor. Jadi, antara tips terpenting umrah kanak-kanak adalah sediakan pakaian berlebihan. Anda juga perlu sediakan pampers. Tidaklah anda perlu terkejar-kejar ke tandas setiap kali anak anda ingin menunaikan “hajat”.

 

BAWA BABY CARRIER

 

Kenapa baby carrier ini penting? Anda akan memerlukannya sewaktu anda tawaf nanti. Ia lebih selamat berbanding dengan anda memimpin mereka bersama-sama untuk tawaf. Ia juga lebih selesa berbanding dengan membawa stroller yang memakan ruang dan membataskan pergerakan anda. Ketika bertawaf, keadaan yang sesak tersebut pastinya akan membuatkan anda risau akan keselamatan anak anda. Dengan menggunakan baby carrier, anak anda akan sentiasa berada dekat dengan anda.

 

 

 

SEDIAKAN UBAT-UBATAN SECUKUPNYA

 

Jika anak anda mudah untuk sakit atau demam, adalah baiknya jika anda sediakan ubat-ubatan dengan secukupnya. Ubat-ubatan merupakan diantara perkara terpenting dalam umrah kanak-kanak. Sediakan segalanya dari ubat demam, cirit-birit, selesema, handy plast dan sebagainya. Mudah untuk anda dan juga anak anda.

 

Sekian sahaja artikel kali ini berkaitan tips mengerjakan umrah membawa kanak-kanak. Anda perlu ingat kesemua tips ini dan memberikan perhatian yang lebih agar perjalanan umrah kanak-kanak anda akan lebih terjaga. Ia juga akan memudahkan lagi anda untuk beribadah disana. Jangan jadikan kehadiran anak anda sebagai penghalang untuk anda menumpukan sepenuh perhatian anda untuk beribadah.

Please reload

Featured Posts

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Recent Posts
Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square