Tips Memilih Pakej Umrah Terbaik

 

 

Ramai umat Islam yang memilih untuk mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum memilih untuk menunaikan rukum Islam yang kelima iaitu menunaikan haji di Tanah Suci Kota Mekah. Hal ini adalah kerana mereka memilih untuk membiasakan diri terlebih dahulu dengan suasana, persekitaran dan cuaca di Mekah bagi membolehkan mereka memberikan yang terbaik apabila menunaikan haji kelak. Disebabkan oleh hal ini, anda sendiri boleh lihat terdapat begitu banyak pakej umrah yang ditawarkan sekarang ini. Pakej-pakej tersebut sangat murah dan mudah sehingga membuatkan anda pening kepala untuk memilih yang mana. Tapi, adakah semua pakej tersebut boleh dipercayai? Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda tips memilih pakej umrah terbaik. Pakej umrah terbaik disini adalah termasuk pakej umrah murah dan juga pakej umrah yang boleh dipercayai.

 

PERKARA YANG PERLU ANDA AMBIL TAHU UNTUK MENDAPATKAN PAKEJ UMRAH MURAH DAN TERBAIK

 

1 . BERAPA HARGA MINIMUM PAKEJ UMRAH MURAH?

Jika anda ingin mendapatkan pakej umrah, anda perlu tahu berapa harga minimum yang boleh ditawarkan oleh sesebuah pakej terlebih dahulu. Harga minimum pakej umrah adalah RM 4900 bagi pakej 12H10M. Harga memang memainkan peranan yang sangat penting dalam pemilihan sesebuah pakej. Namun, anda jangan sesekali mengambil pakej umrah murah yang ditawarkan dibawah harga minimum ini. Harga ini telah ditetapkan oleh Majlis Kawal Selia Umrah yang merupakan sebuah inisiatif yang telah ditubuhkan oleh kerajaan dibawah Akta Industri Pelancongan 1992. Tujuannya adalah untuk memantau syarikat yang terlibat dalam mengendalikan pakej umrah.

 

Kenapa harga pakej umrah boleh berbeza? Mungkin ada diantara anda yang tertanya-tanya akan hal tersebut. Harga pakej akan menjadi berbeza bergantung kepada perkara-perkara berikut:

 

  • Tarikh – Jika ia pada waktu peak season seperti pada cuti sekolah dan awal Ramadhan, harganya akan menjadi lebih mahal

  • Penerbangan transit atau terus

  • Penyediaan makanan

  • Jumlah Petugas & Mutawwif

  • Jenis pengangkutan yang disediakan di sana

  • Jarak penginapan yang ditawarkan dengan Masjidil Haram

 

2. APA YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH PAKEJ UMRAH MURAH?

Untuk memastikan anda bayar setimpal dengan apa yang anda peroleh, kami merasakan perkara yang paling penting anda perlu tahu adalah apa yang perlu ada dalam sesebuah pakej umrah. Anda perlu pastikan pakej umrah tersebut telah merangkumi kesemua perkara ini:

 

  • Tiket penerbangan pergi dan balik

  • Visa Umrah

  • Penginapan - Jarak penginapan anda dengan Masjidil Haram

  • Pengangkutan yang disediakan sepanjang anda berada disana

  • Makanan - Kekerapan anda dijamu

  • Lawatan / ziarah

  • Pengiring yang merupakan wakil syarikat

  • Mutawif

  • Jenis perlindungan seperti skim takaful umrah untuk kecemasan, sakit, atau kematian

 

 
3 . STATUS DAN LESEN SYARIKAT

Satu perkara penting yang anda perlu tahu adalah tidak semua agensi pelancongan boleh menawarkan pakej umrah. Hanya syarikat yang telah didaftarkan sebagai Sendirian Berhad (SDN. BHD) dan mempunyai lesen didalam 2 bidang berikut sahaja mempunyai kebenaran untuk menawarkan pakej umrah:

  •  Agensi pengembaraan (ticketing)

  • Pelancongan luar negeri (outbound)

  • LKU (Lesen Khas Umrah) - Terbaru

 

4 . PEMBAYARAN

Sebelum anda membuat sebarang pembayaran, anda dinasihatkan untuk menyemak lesen outbound dan pengendali syarikat yang menawarkan pakej umrah murah tersebut. Cara terbaik untuk anda mendapatkan kepastian adalah dengan mengajukan soalan secara terus di Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang terdapat di setiap negeri.

 

Anda juga perlu bertanyakan tentang terma dan syarat sekiranya berlaku pembatalan atau kepalsuan pada pakej umrah murah tersebut. Anda perlu pastikan caj pembatalan dan peruntukan ganti rugi dinyatakan didalam terma dan syarat atau kontrak tersebut dengan jelas. Hal ini adalah bagi mengelakkan anda menanggung kerugian jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

 

Kebiasaannya pembayaran deposit adalah sebanyak 25% dari harga pakej umrah murah yang ditawarkan dan baki bayaran perlu dibuat 21 hari sebelum tarikh berlepas. Anda perlu pastikan anda mendapat resit rasmi syarikat yang bertanggungjawab terhadap pakej umrah tersebut setiap kali anda membuat pembayaran. 

 

Sekian sahaja untuk artikel kali ini berkaitan dengan tips memilih pakej umrah murah. Tips yang dikongsikan adalah sangat penting untuk memastikan anda tidak tertipu dengan sebarang pakej umrah murah yang ditawarkan. Ia juga boleh digunakan sebagai panduan dalam pemilihan pakej umrah bagi memastikan anda membayar setimpal dengan apa yang bakal anda perolehi.

 

Untuk mendapatkan pakej umrah terbaik yang ditawarkan oleh pihak Jalinan Umrah, boleh lihat di link di bawah ye:

 

 

http://www.jalinanumrah.com/pakej-umrah-terbaik-murah

 

 

 

Please reload

Featured Posts

I'm busy working on my blog posts. Watch this space!

Please reload

Recent Posts
Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Whatsapp/SMS:

Website ini diuruskan Oleh:

Tholand Waey Holiday Sdn Bhd

(KPL: 4883, LKU: 244)

5-1 Jalan Wangsa Delima 1A,

KLSC 3, Wangsa Maju,

53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-41433006

(waktu pejabat sahaja)

Privacy Policy | Disclaimer | Terms & Condition

Kami adalah ahli

Kami Mempunyai Lesen

© 2019/20 by Tholand Waey Holiday Sdn Bhd. All Right Reserved

  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
  • Black Instagram Icon