Pakej Ibadah Korban 2019

Ibadah korban merupakan satu tuntutan kepada kita umat Islam dalam memperhambakan diri kepada Allah Taala. Ianya merupakan ibadah yang dituntut dengan mengorbankan harta benda kita ke jalan Allah sebagai bukti ketaatan kita. Disamping itu, hasil dari pengorbanan kita ini, kita kongsikan kepada umat Islam yang lain supaya mereka turut mendapat manfaat daripada ibadah korban ini.

Ianya merupakan satu ibadah yang amat cantik sekali kerana melibatkan perhubungan kita dengan Allah melalui niat sembelihan korban tersebut, disamping hubungan dengan manusia melalui perkongsian daging korban tersebut kepada fakir miskin, serta mereka yang layak menerima daging tersebut.

Melalui konsep inilah kami tawarkan pakej korban dan aqiqah kepada anda. Selain mengambil keberkatan melakukan ibadah ini di Al-Haram, anda juga dapat melakukan ibadah ini dengan harga yang mampu milik dan harga yang amat berpatutan.

Anda boleh rujuk pakej di bawah sebagai rujukan anda.

Pakej Ibadah Korban / Aqiqah Kambing di Mekah / Madinah

Kambing merupakan pakej korban kami yang paling popular. Seekor kambing akan di lapah dan diagihkan kepada penduduk di Mekah/Madinah yang lebih memerlukan daging kambing tersebut. Dan juga sebahagian daging tersebut turut dihidangkan kepada pengunjung Al-Haram.

Harga RM450 Seekor

Harga ini termasuk:

  • Sembelih seekor kambing dan diedarkan kepada yang memerlukan di Mekah/Madinah

  • Sijil pelaksanaan ibadah korban

  • Kos Poslaju sijil pelaksanaan kepada peserta

Pakej Ibadah Korban Unta di Mekah / Madinah

Unta adalah binatang ternakan orang Arab dan juga salah satu ternakan Rasulullah dahulu. Setiap bahagian unta akan disembelih dan dihidangkan kepada para pengunjung Al-Haram dan penduduk Madinah. Semoga kita beroleh keberkatan dari-Nya

Harga RM660/bahagian

seekor 7 bahagian berjumlah RM4,620 

Harga ini termasuk:

  • Sembelih unta dan dagingnya diedarkan kepada yang memerlukan di Mekah/Madinah

  • Sijil pelaksanaan ibadah korban

  • Kos Poslaju sijil pelaksanaan kepada peserta

* Untuk makluman, gambar pelaksanaan tidak dapat disediakan kerana pada waktu Hari Raya korban adalah waktu yang sangat padat. Harap maklum

Whatsapp/SMS:

Website ini diuruskan Oleh:

Tholand Waey Holiday Sdn Bhd

(KPL: 4883, LKU: 244)

5-1 Jalan Wangsa Delima 1A,

KLSC 3, Wangsa Maju,

53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-41433006

(waktu pejabat sahaja)

Privacy Policy | Disclaimer | Terms & Condition

Kami adalah ahli

Kami Mempunyai Lesen

© 2019/20 by Tholand Waey Holiday Sdn Bhd. All Right Reserved

  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
  • Black Instagram Icon