Permohonan Visa Umrah & Ziarah

Para jemaah perlu menyediakan:

Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan

  1. Passport Antarabangsa yang masih hidup selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.

  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4cm x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok /  Wanita: Bertudung)

  3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.

Dokumen Tambahan sila rujuk jadual contoh mahram di bawah.

Nota:

  • Kesemua dokumen ini perlu diserahkan ke pejabat Tholand Waey Holiday Sdn Bhd 45 hari sebelum hari penerbangan. (Bagi pakej bulan Ramadhan 45 hari sebelum 1 Ramadhan)

  • Pastikan salinan Sijil Nikah telah disahkan oleh: 
    1) Pejabat Agama (Bahagian Undang-undang Keluarga/Nikah, Cerai dan Rujuk/Bahagian undang-undang Syariah); dan 
    2) Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)

Isteri

Seorang isteri perlu ditemani oleh suami sebagai mahram. Dan ini adalah perlu dalam proses memohon visa umrah

Ibu (46 tahun ke atas)

Bagi ibu yang ingin menunaikan umrah, perlu ditemani oleh anak lelaki beliau yang berusia 19 tahun ke atas.

Anak Perempuan (45 Tahun Ke Bawah)

Anak perempuan yang berumur 45 tahun ke bawah hendaklah ditemani oleh bapanya atau adik beradik lelaki jika ingin menunaikan umrah

Anak Lelaki (18 Tahun Ke Bawah)

Anak lelaki yang berumur 18 tahun ke bawah hendaklah ditemani oleh Bapa atau adik-beradik lelaki

Anak Tiri

Anak tiri haruslah ditemani oleh Bapa tiri dan ibunya bagi menunaikan ibadah umrah

Please reload

Anak Saudara

Anak saudara yang ingin pergi umrah haruslah ditemani oleh bapa saudara sama ada dari sebelah ayah atau ibu.

Cucu

Sekiranya ingin membawa cucu menunaikan umrah, haruslah ditemani oleh datuknya.

Anak Angkat

Anak angkat hendaklah ditemani oleh bapa dan ibu angkat bagi permohonan visa mengerjakan umrah.

Warga Asing

Bagi warga asing. Anda haruslah menyediakan beberapa dokumen berkaitan bagi memudahkan permohonan visa anda berjalan dengan lancar

Please reload

*Lain-lain kes sila rujuk kepada pegawai Tholand Waey Holiday Sdn Bhd
*Maklumat di atas mungkin berubah bila-bila masa mengikut keperluan Kedutaan Arab Saudi.

*Download Letter of Consent di sini.

 

NOTA

  • Sebarang perubahan dokumen mahram tertakluk kepada pihak Kedutaan Arab Saudi

  • Surat Izin (Letter of Consent) dalam bahasa Inggeris

  • Pengesahan dari JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh di buat di mana-mana cawangan.

  • Pengesahan dari Pejabat Agama Islam boleh di buat di mana-mana pejabat agama bahagian Nikah, Rujuk, Cerai sahaja.

  • Pengesahan dokumen dari Kementian Luar Negeri (Wisma Putra) boleh di buat di:


Kementerian Luar Negeri Malaysia
(Bahagian Konsular)
Kompleks Wisma Putra
No 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62602 Putrajaya

Sabah Regional Office
Ministry of Foreign Affairs,
Block A, 7th Floor,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS,
88400 Kota Kinabalu

Sarawak Regional Office
Ministry of Foreign Affairs Malaysia,
Level 14, Bangunan Sultan Iskandar, 
Jalan Simpang Tiga,
93300 Kuching

Lain-lain:

 *Syarat-syarat terkini:

  1. Wanita dibawah 45 tahun dan lelaki dibawah 18 tahun WAJIB pergi bersama mahram lelaki berumur 19 tahun ke atas.

  2. Jemaah lelaki /perempuan bawah 18 tahun, Ibu dan bapa mesti pergi.

  3. Jemaah wanita berumur 45 tahun tidak boleh mohon visa WOMEN GROUP. Women Group hanya boleh untuk Jemaah berumur 46 tahun ke atas.

  4. Peraturan 6 bulan sekali untuk umrah di kuatkuasakan mulai 21 Januari 2015.

  5. Consent letter - Hanya boleh diberi oleh sebelah bapa  kandung sahaja. (bapa kandung, datuk sebelah bapa kandung, adik lelaki kandung dan bapa saudara sebelah bapa kandung)

 

* Jemaah yang pergi bersama adik beradik lelaki/datuk / bapa saudara / bapa tiri:

  • Sila download borang Letter of Consent untuk diisi.

  • Letter of Concent dari bapa kandung/suami untuk tumpang mahram bersama adik beradik lelaki /Datuk / Bapa Saudara / Bapa Tiri diminta penjaga tandatangan sendiri depan pesuruhjaya sumpah berdekatan. 

  • Sertakan salinan kad pengenalan penjaga.

  • Download: Klik kanan dan Save.

Whatsapp/SMS:

Website ini diuruskan Oleh:

Tholand Waey Holiday Sdn Bhd

(KPL: 4883, LKU: 244)

5-1 Jalan Wangsa Delima 1A,

KLSC 3, Wangsa Maju,

53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-41433006

(waktu pejabat sahaja)

Privacy Policy | Disclaimer | Terms & Condition

Kami adalah ahli

Kami Mempunyai Lesen

© 2019/20 by Tholand Waey Holiday Sdn Bhd. All Right Reserved

  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
  • Black Instagram Icon