jalinanumrah

Tips Mengerjakan Umrah Dengan Membawa Kanak-Kanak
Menunaikan umrah pada usia muda terutamanya sewaktu masih bujang bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan oleh semua. Ada diantara kita yang mempunyai kewangan yang agak stabil sekaligus membolehkan mereka untuk melakukannya lebih awal berbanding dengan yang lain. Namun, tak kurang juga yang hanya berkesempatan tatkala telah berkeluarga. Jika masih berdua bersama dengan pasangan mungkin lebih mudah namun jika sudah mempunyai anak terutamanya anak kecil, pastinya sedikit merisaukan. Bukan apa, kanak-kanak ini bermacam ragam. Apa yang paling dirisaukan oleh ibubapa adalah ibadah mereka mungkin sedikit terganggu jika anak-anak mereka meragam. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa perkara yang berkaitan dengan pakej umrah kanak-kanak dan juga cara untuk mengawal umrah kanak-kanak.

PILIH TEMPAT PENGINAPAN YANG PALING DEKAT DENGAN MASJIDIL HARAM

Tips pertama umrah kanak-kanak adalah memilih pakej umrah yang menyediakan tempat tinggal yang paling hampir dengan Masjidil Haram atau lebih dikenali sebagai pakej umrah dekat masjidil haram. Ada beberapa perkara yang membuatkan kami merasakan ia merupakan diantara perkara terpenting dalam umrah kanak-kanak. Antaranya ialah, anda boleh merancang bersama-sama dengan pasangan untuk bergilir-gilir menjaga anak-anak anda. Jika jaraknya jauh, pastinya akan menyebabkan anda keletihan untuk berulang-alik. Selain itu, jika anak anda meragam, anda masih sempat untuk menenteramkan anak anda dan tidak terlalu terkejar-kejar untuk beribadah di Masjidil Haram. Ia juga penting jika anak anda perlu menggunakan tandas, anda masih sempat untuk pulang ke tempat penginapan.

SEDIAKAN BUSY BAG

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan busy bag ini? Ia merupakan sebuah bag yang dipenuhi dengan barang-barang yang mampu membuatkan anak-anak anda sibuk dan leka. Busy bag ini sangat penting bagi umrah kanak-kanak. Apa yang anda boleh sediakan didalam busy bag ini adalah barang-barang seperti Lego, jigsaw, whiteboard atau permainan video kanak-kanak. Anda juga boleh sediakan buku mewarna lengkap dengan peralatan untuk mewarna. Dengan cara ini, anda mampu membuatkan anak anda leka dan asyik dalam dunianya yang tersendiri sementara anda pula boleh untuk fokus beribadah.

SEDIAKAN BAJU DAN PAMPERS LEBIH DARI SECUKUPNYA

Pakaian kanak-kanak jika dibawa lebih bukanlah memakan ruang yang banyak. Lebih baik anda bawa lebih kerana anda pastinya tidak ingin pening kepala disana nanti memikirkan soal pakaian dan perlu untuk membasuh jika pakaian anak anda kotor. Kanak-kanak belum mampu untuk menjadi teliti seperti mana orang dewasa dan kadangkala apabila mereka makan sahaja sudah mampu untuk menyebabkan pakaian mereka kotor. Jadi, antara tips terpenting umrah kanak-kanak adalah sediakan pakaian berlebihan. Anda juga perlu sediakan pampers. Tidaklah anda perlu terkejar-kejar ke tandas setiap kali anak anda ingin menunaikan “hajat”.

BAWA BABY CARRIER

Kenapa baby carrier ini penting? Anda akan memerlukannya sewaktu anda tawaf nanti. Ia lebih selamat berbanding dengan anda memimpin mereka bersama-sama untuk tawaf. Ia juga lebih selesa berbanding dengan membawa stroller yang memakan ruang dan membataskan pergerakan anda. Ketika bertawaf, keadaan yang sesak tersebut pastinya akan membuatkan anda risau akan keselamatan anak anda. Dengan menggunakan baby carrier, anak anda akan sentiasa berada dekat dengan anda.

SEDIAKAN UBAT-UBATAN SECUKUPNYA

Jika anak anda mudah untuk sakit atau demam, adalah baiknya jika anda sediakan ubat-ubatan dengan secukupnya. Ubat-ubatan merupakan diantara perkara terpenting dalam umrah kanak-kanak. Sediakan segalanya dari ubat demam, cirit-birit, selesema, handy plast dan sebagainya. Mudah untuk anda dan juga anak anda.

Sekian sahaja artikel kali ini berkaitan tips mengerjakan umrah membawa kanak-kanak. Anda perlu ingat kesemua tips ini dan memberikan perhatian yang lebih agar perjalanan umrah kanak-kanak anda akan lebih terjaga. Ia juga akan memudahkan lagi anda untuk beribadah disana. Jangan jadikan kehadiran anak anda sebagai penghalang untuk anda menumpukan sepenuh perhatian anda untuk beribadah.

Tips Memilih Pakej Umrah Terbaik
Ramai umat Islam yang memilih untuk mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum memilih untuk menunaikan rukum Islam yang kelima iaitu menunaikan haji di Tanah Suci Kota Mekah. Hal ini adalah kerana mereka memilih untuk membiasakan diri terlebih dahulu dengan suasana, persekitaran dan cuaca di Mekah bagi membolehkan mereka memberikan yang terbaik apabila menunaikan haji kelak. Disebabkan oleh hal ini, anda sendiri boleh lihat terdapat begitu banyak pakej umrah yang ditawarkan sekarang ini. Pakej-pakej tersebut sangat murah dan mudah sehingga membuatkan anda pening kepala untuk memilih yang mana. Tapi, adakah semua pakej tersebut boleh dipercayai? Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda tips memilih pakej umrah terbaik. Pakej umrah terbaik disini adalah termasuk pakej umrah murah dan juga pakej umrah yang boleh dipercayai.

PERKARA YANG PERLU ANDA AMBIL TAHU UNTUK MENDAPATKAN PAKEJ UMRAH MURAH DAN TERBAIK

1 . BERAPA HARGA MINIMUM PAKEJ UMRAH MURAH?

Jika anda ingin mendapatkan pakej umrah, anda perlu tahu berapa harga minimum yang boleh ditawarkan oleh sesebuah pakej terlebih dahulu. Harga minimum pakej umrah adalah RM 4900 bagi pakej 12H10M. Harga memang memainkan peranan yang sangat penting dalam pemilihan sesebuah pakej. Namun, anda jangan sesekali mengambil pakej umrah murah yang ditawarkan dibawah harga minimum ini. Harga ini telah ditetapkan oleh Majlis Kawal Selia Umrah yang merupakan sebuah inisiatif yang telah ditubuhkan oleh kerajaan dibawah Akta Industri Pelancongan 1992. Tujuannya adalah untuk memantau syarikat yang terlibat dalam mengendalikan pakej umrah.

Kenapa harga pakej umrah boleh berbeza? Mungkin ada diantara anda yang tertanya-tanya akan hal tersebut. Harga pakej akan menjadi berbeza bergantung kepada perkara-perkara berikut:

Tarikh – Jika ia pada waktu peak season seperti pada cuti sekolah dan awal Ramadhan, harganya akan menjadi lebih mahalPenerbangan transit atau terusPenyediaan makananJumlah Petugas & MutawwifJenis pengangkutan yang disediakan di sanaJarak penginapan yang ditawarkan dengan Masjidil Haram

2. APA YANG PERLU ADA DALAM SESEBUAH PAKEJ UMRAH MURAH?

Untuk memastikan anda bayar setimpal dengan apa yang anda peroleh, kami merasakan perkara yang paling penting anda perlu tahu adalah apa yang perlu ada dalam sesebuah pakej umrah. Anda perlu pastikan pakej umrah tersebut telah merangkumi kesemua perkara ini:

Tiket penerbangan pergi dan balikVisa UmrahPenginapan - Jarak penginapan anda dengan Masjidil HaramPengangkutan yang disediakan sepanjang anda berada disanaMakanan - Kekerapan anda dijamuLawatan / ziarahPengiring yang merupakan wakil syarikatMutawifJenis perlindungan seperti skim takaful umrah untuk kecemasan, sakit, atau kematian

3 . STATUS DAN LESEN SYARIKAT

Satu perkara penting yang anda perlu tahu adalah tidak semua agensi pelancongan boleh menawarkan pakej umrah. Hanya syarikat yang telah didaftarkan sebagai Sendirian Berhad (SDN. BHD) dan mempunyai lesen didalam 2 bidang berikut sahaja mempunyai kebenaran untuk menawarkan pakej umrah:

Agensi pengembaraan (ticketing)Pelancongan luar negeri (outbound)LKU (Lesen Khas Umrah) - Terbaru

4 . PEMBAYARAN

Sebelum anda membuat sebarang pembayaran, anda dinasihatkan untuk menyemak lesen outbound dan pengendali syarikat yang menawarkan pakej umrah murah tersebut. Cara terbaik untuk anda mendapatkan kepastian adalah dengan mengajukan soalan secara terus di Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang terdapat di setiap negeri.

Anda juga perlu bertanyakan tentang terma dan syarat sekiranya berlaku pembatalan atau kepalsuan pada pakej umrah murah tersebut. Anda perlu pastikan caj pembatalan dan peruntukan ganti rugi dinyatakan didalam terma dan syarat atau kontrak tersebut dengan jelas. Hal ini adalah bagi mengelakkan anda menanggung kerugian jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Kebiasaannya pembayaran deposit adalah sebanyak 25% dari harga pakej umrah murah yang ditawarkan dan baki bayaran perlu dibuat 21 hari sebelum tarikh berlepas. Anda perlu pastikan anda mendapat resit rasmi syarikat yang bertanggungjawab terhadap pakej umrah tersebut setiap kali anda membuat pembayaran.

Sekian sahaja untuk artikel kali ini berkaitan dengan tips memilih pakej umrah murah. Tips yang dikongsikan adalah sangat penting untuk memastikan anda tidak tertipu dengan sebarang pakej umrah murah yang ditawarkan. Ia juga boleh digunakan sebagai panduan dalam pemilihan pakej umrah bagi memastikan anda membayar setimpal dengan apa yang bakal anda perolehi.

Untuk mendapatkan pakej umrah terbaik yang ditawarkan oleh pihak Jalinan Umrah, boleh lihat di link di bawah ye:

http://www.jalinanumrah.com/pakej-umrah-terbaik-murah

Selamat Datang ke Portal Jalinan Umrah
Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian Alam. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S. A.W, yang mana, dengan asbab bagindalah kita mendapat hidayah mentaati Allah sehingga ke hari ini, dan seterusnya higga ke Hari Kiamat.

Bersyukur kepada Allah Taala, atas usaha yang berterusan daripada pihak pengurusan Jalinan Umrah, akhirnya berjaya juga untuk menyiapkan portal Jalinan Umrah ini. Walaupun kewujudannya telah berlangsung lebih daripada setahun, tetapi ianya masih belum lengkap sebelum ini. Ini disebabkan oleh kekangan masa admin menguruskan perancangan content, di samping memastikan segala isi kandungan terutamanya pengurusan dari segi produk, vendor dan sebagainya terurus dengan baik.

Idea asal penubuhan portal ini adalah untuk memudahkan bakal para tetamu Allah untuk menunaikan Umrah ke Baitullahilharam. Oleh kerana kami sedar, pengurusan umrah bukanlah seperti trip pelancongan biasa, kerana ianya melibatkan pengurusan dari segi kesedian rohani dan jasmani jemaah agar bersedia menjadi tetamu Allah. Segala dugaan dan cabaran yang dialami jemaah, pasti turut tertempias kepada pihak pengurusan umrah sendiri.

Menyedari akan hal ini, fokus kami adalah membantu kedua-dua pihak, iaitu bakal tetamu Allah supaya mendapat pakej umrah yang sesuai dengan kehendak, dan melalui travel agensi yang mempunyai servis yang baik, serta, kami turut membantu untuk mengisi kekosongan trip umrah travel agensi yang terlibat dalam situasi win-win situation. Apa yang kami harapkan adalah untuk memastikan kesemua pihak mendapat manfaat dan memastikan perjalanan umrah ini dapat berjalan dengan baik, dan selesa.

Tiada apa yang kami harapkan, selain daripada usaha yang sedikit ini dapat membantu lebih ramai orang Islam untuk mendapatkan pakej umrah yang terbaik dan selesa disamping merancakkan lagi ekonomi dikalangan umat Islam di negara ini.