Details Pakej Umrah Ziarah Turki

Bilangan Hari: 14 hari

Jadual Perjalanan Umrah Ziarah Al-Quds
Tarikh: 28/11/2019 - 11/12/2019

HARI 1: KUALA LUMPUR - ISTANBUL
Para jemaah dinasihatkan supaya berada di KLIA sekurang-kurangnya 4 jam sebelum berlepas. Pesawat akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Istanbul.


HARI 2: ISTANBUL - BURSA
Setibanya di Istanbul, para jemaah akan dibawa melawat ke Bursa melalui jambatan terpanjang di dunia, melawat Grand Mosque dan Green Mosque. Selepas lawatan, jemaah berpeluang membeli-belah di Silk Bazaar dan seterusnya dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.


HARI 3: BURSA - ISTANBUL
Selepas sarapan pagi, jemaah berpeluang untuk menjejakkan kaki di Masjid Ayub Al-Ansar dimana beliau merupakan sahabat nabi serta tentera yang menyahut seruan nabi berkaitan penaklukan kota Constantinople. Akhir sekali membeli belah di Turkish Delight & Olive Oil Show Room. Bertolak ke Istanbul dengan menaiki Bosphorus Cruise. Daftar masuk hotel di Istanbul dan berehat.


HARI 4: ISTANBUL
Selepas sarapan pagi, jemaah berkunjung ke Roman Hippodrome, Topkapi Palace dan Masjid Biru iaitu sebuah masjid yang menjadi mercu tanda di Istanbul. Akhir sekali membeli belah di Grand Covered Baazar iaitu Bazzar tertutup yang terkenal di Istanbul di mana terdapat 4000 buah kedai. Pulang ke hotel dan berehat.


HARI 5: ISTANBUL - JEDDAH - MADINAH
Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa ke lapangan terbang Istanbul untuk pelepasan ke Arab Saudi. Setibanya di Jeddah Airport, jemaah akan bertolak ke Madinah dengan menaiki bas. Daftar masuk hotel di Madinah dan berehat.


HARI 6: MADINAH
Para jemaah boleh menziarahi Thaqifah Bani Sa’idah, Pasar lama Madinah, Kawasan Musollayat (Masjid Qhomamah, Masjid Saidina Abu Bakr dan Saidina Ali), Sejarah Pembinaan Masjid Nabawi, Ziarah Perkuburan Baqi’ Al-Gharqa, Telaga Ha’ dan Budho’ah. Para muslimat akan dibawa menziarahi Raudhah.


HARI 7: MADINAH
Pada hari ini, para jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Kota Madinah seperti Masjid Quba iaitu sebuah masjid yang didirikan diatas dasar taqwa, Nabi pernah bersabda” barang siapa yang berwudhuk di kediaman kemudian ia berkunjung ke masjid Quba lalu ia bersolat maka dapatlah ia pahala sepertimana ia menunaikan Umrah, Bukit Uhud iaitu tempat berlakunya peperangan Uhud yang sunguh dahsyat sehingga mengorbankan 70 para sahabat termasuk bapa saudara nabi saidina Hamzah, Masjid Qiblatain, Masjid khomsah dan akhirnya ke Ladang Tamar.


HARI 8: MADINAH - MEKAH
Selapas sarapan pagi jemaah dinasihatkan menziarahi Maqam Rasulullah S.A.W untuk Ziarah Wida’. Kembali ke hotel untuk bersiap sedia bertolak ke Makkah. Jemaah hendaklah memakai pakaian Ihram dan diwajibkan berniat Umrah di Bir Ali. Tiba di Makkah, jemaah akan dibawa oleh mutawif kami untuk menyelesaikan kerja-kerja Umrah.


HARI 9: MEKAH
Pada hari ini, Jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Gua Thur, gua yang menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad S.A.W bersama sahabatnya Saidina Abu Bakar sebelum berhijrah ke Madinah, Padang Arafah tempat wukuf bagi jemaah haji. Jabal Rahmah tempat pertemuan Nabi Allah Adam dan Siti Hawa, Muzdalifah tempat jemaah haji mengutip anak batu , Mina tempat bermalam bagi jemaah haji, Jabal Nur sebuah bukit yang diatasnya terdapat Gua Hira, tempat turunnya wahyu pertama didunia iaitu surah Al Alaq dan akhirnya terus ke Ja’aranah untuk berniat Umrah.


HARI 10: MEKAH
Aturcara bebas, jemaah bebas untuk menunaikan ibadah Umrah dan melakukan pelbagai ibadah sunat di dalam Masjidil Haram.


HARI 11: MEKAH
Pada hari ini jemaah akan dibawa ke tempat Miqat Umrah di Hudaibiah untuk berniat Ihram Umrah bagi yang ingin mengerjakan Umrah.


HARI 12: MEKAH
Aturcara bebas, jemaah bebas untuk menunaikan ibadah Umrah dan melakukan pelbagai ibadah sunat di dalam Masjidil Haram.


HARI 13: MEKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR
Hari ini merupakan hari terakhir jemaah berada di Makkah. Jemaah diwajibkan mengerjakan Tawaf Wida’ sebelum meninggalkan Makkah. Seterusnya bertolak ke Airport Jeddah untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


HARI 14: KUALA LUMPUR
InsyaAllah jemaah selamat tiba di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Semoga para jemaah sekalian beroleh umrah yang mabrur.

RM8,790
(Sebilik Ber5)

RM9,240
(Sebilik Ber3)

Hotel Mekah

Retal Al Bayt (4*) @ Setaraf

Anggaran jarak ke Masjidil Haram - 50m

RM8,990
(Sebilik Ber4)

RM9,940
(SebilIk Ber2)

Hotel Madinah

Gulnar Taibah (3*) @ Setaraf

Anggaran jarak ke Masjid Nabawi - 50m

Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan pergi dan balik menggunakan Saudi Airlines

  • Visa Umrah (tidak termasuk visa umrah SR2000 sekiranya mempunyai rekod mengerjakan umrah antara tahun 2017-2019. Tertakluk kepada keputusan kerajaan Arab Saudi)

  • Penginapan di hotel yang telah di tetapkan di Mekah & Madinah

  • Penginapan hotel 4 star di Turki

  • Segala lawatan dalam aturcara

  • Umrah bersama mutawwif

  • Makan & Minum sepanjang perjalanan (kecuali di Mekah, hanya sarapan di sediakan)

  • Pengangkutan sepanjang perjalanan

  • Beg pakaian besar, beg sandang & buku panduan umrah

  • Insurans berkelompok

Whatsapp/SMS:

Website ini diuruskan Oleh:

Tholand Waey Holiday Sdn Bhd

(KPL: 4883, LKU: 244)

5-1 Jalan Wangsa Delima 1A,

KLSC 3, Wangsa Maju,

53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-41433006

(waktu pejabat sahaja)

Privacy Policy | Disclaimer | Terms & Condition

Kami adalah ahli

Kami Mempunyai Lesen

© 2019/20 by Tholand Waey Holiday Sdn Bhd. All Right Reserved

  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
  • Black Instagram Icon