Cara Memohon Visa Umrah Bagi Anak Perempuan

Visa umrah diperlukan oleh setiap jemaah yang ingin menunaikan umrah. Oleh itu beberapa kriteria perlu dipenuhi bagi memudahkan proses permohonan visa umrah ini dapat berjalan dengan lancar. Penting bagi anda untuk mengetahui apakah dokumen tambahan yang diperlukan. Setiap dokumen ini perlu disertakan dan diberikan kepada pihak Tholand Waey Holiday Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam menguruskan pakej umrah ini untuk dihantar ke kedutaan Arab Saudi.

 

Kriteria Jemaah: Perempuan berumur di bawah 45 tahun

Mahram: Bapa

Dokumen Yang Diperlukan:

  • Salinan Sijil Lahir

  • Bagi perempuan yang telah berkahwin, perlu disertakan salinan sijil nikah yang disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra serta surat izin (Letter of Consent) dari suami yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra.

  • Suami isteri yang bawa anak lelaki dan perempuan bawah 18 tahun, sila sertakan salinan sijil nikah yang disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra.

Apa yang perlu anda lakukan?:

  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra

  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

Mahram: Adik Beradik Lelaki berumur 19 tahun ke atas (Yang telah mencapai tarikh lahir pada tarikh proses permohonan visa)

Dokumen Yang Diperlukan:

  • Salinan Sijil Lahir kedua-dua beradik

  • Surat izin (Letter of Consent) dari bapa

  • Sekiranya bapa telah meninggal, perlu disertakan sijil kematian bapa yang telah disahkan JPN dan Wisma Putra.

  • Bagi perempuan yang telah berkahwin, perlu disertakan salinan sijil nikah yang disahkan oleh Pejabat Agama dan Wisma Putra serta surat izin (Letter of Consent) dari suami yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra.

Apa yang perlu anda lakukan?:

  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra

  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan adik beradik tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

 

Note: Jika anak perempuan 15 tahun ke bawah, Ibu perlu ikut sekali

*Sebarang persoalan kes demi kes boleh diajukan kepada pihak kami 

Whatsapp/SMS:

Website ini diuruskan Oleh:

Tholand Waey Holiday Sdn Bhd

(KPL: 4883, LKU: 244)

5-1 Jalan Wangsa Delima 1A,

KLSC 3, Wangsa Maju,

53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-41433006

(waktu pejabat sahaja)

Privacy Policy | Disclaimer | Terms & Condition

Kami adalah ahli

Kami Mempunyai Lesen

© 2019/20 by Tholand Waey Holiday Sdn Bhd. All Right Reserved

  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
  • Black Instagram Icon