Cara Memohon Visa Umrah Bagi Cucu

Visa umrah diperlukan oleh setiap jemaah yang ingin menunaikan umrah. Oleh itu beberapa kriteria perlu dipenuhi bagi memudahkan proses permohonan visa umrah ini dapat berjalan dengan lancar. Penting bagi anda untuk mengetahui apakah dokumen tambahan yang diperlukan. Setiap dokumen ini perlu disertakan dan diberikan kepada pihak Tholand Waey Holiday Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam menguruskan pakej umrah ini untuk dihantar ke kedutaan Arab Saudi.

 

Mahram: Datuk Sebelah Bapa sahaja. Datuk sebelah ibu tertakluk kepada budi bicara kedutaan Arab Saudi

Dokumen Yang Diperlukan:

  • Salinan sijil lahir cucu,

  • Salinan sijil lahir bapa/ibu yang menunjukkan hubungan.

  • Surat izin Letter of Consent dari bapa kandung sahaja serta lampirkan salinan kad pengenalan bapa.

Apa yang perlu anda lakukan?:

  • Pastikan dokumen berkenaan telah disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara(JPN) dan Wisma Putra

  • Pastikan salinan Sijil Lahir tersebut jelas bagi mengelakkan keraguan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

  • Surat akuan sumpah bagi menunjukkan hubungan anak dan bapa saudara tidak diterima oleh pihak Kedutaan Arab Saudi.

  • Bagi bapa dan ibu yang telah meninggal salinan Sijil Kematian perlu disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia)

*Jika cucu perempuan 15 tahun ke bawah dan cucu lelaki 13 tahun ke bawah, ibu perlu ikut serta.

*Sebarang persoalan kes demi kes boleh diajukan kepada pihak kami 

Whatsapp/SMS:

Website ini diuruskan Oleh:

Tholand Waey Holiday Sdn Bhd

(KPL: 4883, LKU: 244)

5-1 Jalan Wangsa Delima 1A,

KLSC 3, Wangsa Maju,

53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-41433006

(waktu pejabat sahaja)

Privacy Policy | Disclaimer | Terms & Condition

Kami adalah ahli

Kami Mempunyai Lesen

© 2019/20 by Tholand Waey Holiday Sdn Bhd. All Right Reserved

  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
  • Black Instagram Icon