Badal Haji / Upah Haji 2020

Harga Badal Haji / Harga Upah Haji 2020 (1441H)

Kuota terhad kepada 180 nama sahaja. First Come First Serve

  1. Upah Haji

  2. Upah Umrah

  3. Tahlil Arwah

  4. Sijil Pelaksanaan Badal Haji

  5. Air Zamzam

  6. Sajadah

  7. Kopiah

  8. Tasbih

  9. Minyak Wangi

  10. Kos pos ke alamat pemohon

Pelanggan Yang Telah Menggunakan Perkhidmatan Badal Haji Kami
Perincian Tentang Badal Haji

Assalamualaikum W.B.T

 

Kami dari Jalinan Umrah dengan ini membuka pendaftaran untuk upah haji kepada semua yang ingin mendapatkan pakej upah haji atau badal haji yang dipercayai dan berpatutan. Kami menggunakan khidmat ustaz-ustaz, pelajar dan Haji serta hajjah yang tinggal di Mekah serta berpengalaman luas dalam pelaksanaan Haji & Umrah setiap tahun untuk melakukan upah haji ini.

 

Sebelum itu, ada pelbagai persoalan yang mungkin perlukan jawapan dan penelitian jemaah berkenaan upah haji atau badal haji ini.

 

Apa itu Badal Haji?

Badal ertinya "Ganti", "Pengganti", atau yang "Digantikan". Oleh itu Badal Haji bermaksud menggantikan orang lain dalam melaksanakan haji yang telah difardhukan atas individu muslim kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit, usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam

 

Kenapa perlu lakukan Badal Haji?

Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut berkenaan badal haji, kita harus menyentuh dahulu berkenaan dengan ibadah Haji. Ibadah Haji seperti yang kita sedia maklum merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima dan wajib untuk dilaksanakan bagi mereka yang beragama Islam. Kewajipan dan kefardhuannya sangat jelas dinyatakan di dalam Al-Quranul Karim. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

 “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar akan kewajipan ibadah haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.” – Surah Ali Imran, ayat 97

Rasulullah S.A.W juga telah bersabda bagi menegaskan tentang kewajiban menunaikan haji ini yang bermaksud:

“Islam itu dibina atas lima perkara: Kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji dan puasa (pada bulan) Ramadan.” - (Riwayat Muttafaq Alaih)

Bagi membolehkan seseorang itu menunaikan haji, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi iaitu:

  1. Muslim

  2. Baligh

  3. Berakal

  4. Merdeka

  5. Mampu

  6. Bersama mahram (bagi Jemaah perempuan)

 

Salah satu daripada syarat tersebut, adalah mampu. Di sini perlu penghuraian supaya kita faham apakah yang dimaksudkan dengan mampu:

  1. Memiliki bekalan yang mencukupi bagi perjalanan pergi ke Tanah Suci dan perjalanan pulang ke tanah airnya untuk dirinya dan perbelanjaan mereka yang di bawah tanggungannya semasa pemergiannya.

  2. Pengangkutan yang sesuai. Rasulullah s.a.w. pernah ditanya mengenai kemampuan untuk sampai kepadanya yang terdapat dalam ayat 97 surah al-Baqarah yang disebut di atas. Baginda telah menjelaskan maksudnya, ialah bekalan dan kenderaan.

 

Oleh itu, sesiapa yang telah memenuhi segala syaratnya, wajiblah ia mengerjakannya. Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan dalam satu hadisnya bermaksud:

“Sesiapa yang memiliki bekalan dan kemudahan pengangkutan yang menyampaikannya ke Baitullah tetapi ia tidak berhaji, maka tiada halangan baginya untuk mati sebagai Yahudi atau Nasrani." - (Riwayat Tirmizi dan Baihaqi)

Kemampuan terbahagi kepada dua iaitu :

  1. Mampu untuk mengerjakan ibadah haji tersebut apabila mempunyai kewangan yang mencukupi serta jasmani yang sihat.

  2. Berkemampuan dengan bantuan orang lain apabila mempunyai kemampuan kewangan tetapi ada halangan kesihatan.

Upah Haji atau Badal Haji ini termasuk dalam kategori yang kedua. Iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan dari sudut kewangan dan syarat-syarat wajib yang lain tapi tidak berkesempatan untuk melakukan ibadah tersebut kerana telah meninggal dunia atau jatuh sakit dan tidak ada harapan untuk sembuh.

Dalam kes sebegini, Islam mengharuskan ibadah hajinya dikerjakan oleh orang lain dengan pembiayaannya diambil daripada harta si mati atau orang yang mengalami keuzuran tersebut. Ianya bagi membolehkan individu berkenaan terlepas dari tanggungjawab rukun Islam kelima ini.

 

 

Apakah hukum melakukan badal haji?

Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.

 

Dalil Upah Haji?

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan keharusan mengerjakan haji untuk orang lain. Di antaranya:

  1. Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata:
    "Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Rasulullah s.a.w.: ''Ya!'' - (Riwayat Bukhari dan Muslim).
     

  2. Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata:

    "Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?'' Jawab Baginda: ''Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan." - (Riwayat Bukhari).
     

  3. Ibnu Abbas juga meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa saudara atau kerabat seorang yang bernama Syubrumah bertanya kepada Nabi s.a.w. bagi menunaikan haji untuknya, lantas Nabi s.a.w. bertanya: 

    "Adakah kamu sudah menunaikan haji untuk dirimu sendiri?'' Jawabnya: ''Tidak!'' Sabda Baginda: ''Tunaikanlah untuk dirimu, kemudian tunaikanlah untuk Syubrumah." - Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.
     

  4. Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair katanya: 

    "Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan berkata: "Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji untuknya?'' Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Apakah kamu anaknya yang paling tua?'' Jawabnya: ''Ya!'' Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Tunaikanlah haji untuknya.'' - Riwayat Ahmad dan Nasai.

 

Ke atas siapakah Badal Haji ini dikenakan?

a) Kepada individu muslim yang telah meninggal dunia dan belum sempat mengerjakan haji

b) Kepada individu muslim terlalu uzur dan tiada harapan sembuh

 

Persoalan lain berkenaan pelaksanaan Badal Haji (sekadar pengetahuan)

  1. Tidak sah haji badal untuk haji fardhu bagi orang yang mampu. Ibnu Munzir berkata, "Para ulama sepakat (ijmak) bahwa orang yang wajib melaksanakan haji fardhu sementara dia mampu untuk melaksanakan haji, tidak sah kalau dihajikan oleh orang lain." - (Al-Mughni, 3/185)
     

  2. Haji badal (hanya) untuk orang sakit yang tidak ada harapan sembuh atau yang lemah fizikalnya atau untuk orang yang meninggal dunia. Bukan untuk orang fakir dan lemah karena kondisi politik atau keamanan. Hadits yang diisyaratkan oleh Imam Nawawi rahimahullah yang dinyatakan oleh sebagian Malikiyah sebagai hadits mudhtharib adalah: 

    "Dari Abdullah bin Buraidah radhiallahu anhu, dia berkata, ketika kami duduk di sisi Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam, tiba-tiba ada seorang wanita datang dan bertanya, ‘Sesungguhnya saya bersedekah budak untuk ibuku yang telah meninggal.' Beliau bersabda, ‘Anda mendapatkan pahalanya dan dikembalikan kepada anda warisannya.' Dia bertanya, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya beliau mempunyai (tanggungngan) puasa sebulan, apakah saya puasakan untuknya?' Beliau menjawab, ‘Puasakan untuknya.' Dia bertanya lagi, ‘Sesungguhnya beliau belum pernah haji sama sekali, apakah (boleh) saya hajikan untuknya? Beliau menjawab, ‘Hajikan untuknya.’ - (HR. Muslim, 1149)
     

  3. Haji badal bukan untuk orang yang lemah dari segi kewangan. Karena kewajiban haji gugur bagi orang fakir. Sesungguhnya haji badal hanya untuk orang yang lemah jasmaninya. Para ulama Al-Lajnah Ad-Daimah ditanya, "Apakah seseorang dibolehkan mengumrahkan atau menghajikan untuk kerabatnya yang jauh dari Mekkah, karena dia tidak mempunyai (dana) untuk sampai ke (Mekkah), padahal dia mampu untuk thawaf?" Mereka menjawab, "Kerabat yang anda sebutkan tidak wajib baginya haji selagi dia tidak mampu melaksanakan haji dari sisi kewangan Dan tidak sah menghajikan atau mengumrahkan untuknya. Karena dia mampu melaksanakan keduanya dengan fisiknya kalau sekiranya dia hadir sendiri di masyair. Yang sah menggantikan (haji dan umroh) adalah untuk orang yang telah meninggal dunia dan orang lemah fisik yang tidak dapat melaksanakan (sendiri)." - (Syekh Abdul Azizi bin Baz, Syekh Abdur Rozaq Afifi, Syekh Abdullah Gudayyan. Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah, 11/52)
     

  4. Seseorang tidak dibolehkan menghajikan orang lain kecuali dirinya telah melaksanakan haji, kalau dia (menghajikan orang lain padahal dia belum haji) maka, hajinya untuk dirinya bukan untuk orang lain. Para ulama di Al-Lajnah Ad-Daimah berkata, "Seseorang tidak dibolehkan menghajikan orang lain sebelum dirinya melakukan haji." Landasan dari hal tersebut adalah apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas radhiallahu anhuma, sesungguhnya Nabi sallallahu alaihi wa sallam mendengar seseorang mengatakan, "Labbaik an Subrumah (Saya penuhi panggilan-Mu, melakukan haji untuk Subrumah)" Beliau bertanya, "Apakah anda telah menunaikan haji?" Dia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Lakukan haji untuk dirimu dahulu, kemudian untuk Subrumah." - (Syekh Abdul Aziz bin Baz, Syekh Abdullah Gudyan. Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah, 11/50)
     

  5. Seorang wanita dibolehkan menghajikan untuk laki-laki. Sebagaimana laki-laki dibolehkan menghajikan untuk perempuan. Para ulama A-Lajnah Ad-Daimah mengatakan, "Menghajikan orang lain dibolehkan kalau dia telah melaksanakan haji untuk dirinya. Begitu pula kondisi seorang wanita yang ingin menghajikan ibunya. Karena seorang wanita menghajikan untuk wanita lain dan untuk lelaki lain dibolehkan. Berdasarkan ketetapan dalil dari Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam akan hal itu." - (Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah, 11/52)
     

  6. Seseorang tidak dibolehkan menghajikan untuk dua orang atau lebih pada satu kali pelaksanaan haji. Dia dibolehkan umrah untuk dirinya – atau untuk orang lain- lalu melaksakan haji untuk orang lain. Para ulama AL-Lajnah Ad-Daimah mengatakan,"Dibolehkan menghajikan untuk orang yang telah  meninggal dunia dan orang yang masih hidup apabila tidak mampu (melaksanakan haji secara fisik). Seseorang tidak dibolehkan melakukan sekali haji untuk dua orang. Maka haji tidak diterima kecuali hanya untuk satu orang saja, begitu juga umrah. Akan tetapi kalau dia menghajikan untuk orang lain dan umrah untuk yang lainnya pada tahun yang sama, hal itu diterima. Kalau orang yang menghajikan telah menunaikan haji dan umrah untuk dirinya." - (Syekh Abdul Aziz bin Baz, Syekh Abdur Rozaq Afifi, Syekh Abdullah Gudyan, Syekh Abdullah Quud. Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah, 11/58)
     

  7. Kalau seorang muslim meninggal dunia dan belum menunaikan kewajiban haji, sedangkan dia telah memiliki semua syarat wajib haji. Maka dia harus dihajikan dari harta yang ditinggalkannya. Baik dia berwasiat akan hal itu atau tidak. Para ulama Al-Lajnah Ad-Daimah mengatakan, "Jika seorang muslim meninggal dunia belum menunaikan kewajiban haji, sementara telah sempurna baginya syarat wajib haji, maka dia harus dihajikan dari harta yang ditinggalkannya. Baik dia berwasiat akan hal itu atau tidak. Kalau dia dihajikan oleh orang yang sah menunaikan haji dan dia telah haji, maka haji untuknya sah dan diterima serta dapat menggugurkan kewajiban haji untuknya." - (Syekh Abdul Aziz bin Baz, Syekh Abdur Rozzaq Afifi, Syekh Abdullah Godyan, Syekh Abdullah Mani’, Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah, 11/100)
     

  8. Apakah orang yang menghajikan orang lain mendapatkan pahala haji sempurna dan kembali seperti dilahirkan oleh ibunya. Para ulama yang tergabung dalam Al-Lajnah Ad-Daimah mengatakan: "Adapun masalah seseorang menghajikan orang lain, apakah dia mendapatkan pahala seperti haji untuk dirinya atau lebih sedikit keutamaannya atau lebih besar? Ketentuan hal tersebut dikembalikan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala." - (Syekh Abdul Aziz bin Baz, Syekh Abdullah Afifi, Syekh Abdullah Gudyan, Syekh Abdullah Mani’. ‘Fatwa AL-Lajnah Ad-Daimah, 11/100)Mereka juga mengatakan, ‘Barangsiapa yang melakukan haji atau umroh untuk orang lain, baik dengan diupah atau tidak, maka pahala haji dan umrahnya untuk orang yang dihajikan. Diharapkan dia juga mendapatkan pahala yang agung sesuai dengan keikhlasan dan keinginan melakukan kebaikan. Setiap orang yang sampai di Majidilharam dan dia perbanyak melakukan ibadah dan berbagai macam bentuk ibadah lain. Maka diharapkan dia mendapatkan banyak kebaikan, kalau dia ikhlaskan amalannya untuk Allah." - (Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah, 11/77, 78)Sementara apa yang dilakukan oleh orang yang mewakilkan, dari amalan diluar manasik. Seperti shalat di Haram, membaca AL-Qur’an dan amalan lainya, maka pahalanya baginya bukan untuk orang yang diwakilkannya. Syekh Muhammad bin Sholeh Al-Utsaimin rahimahullah mengatakan, ‘Dan pahala amalan yang terkait dengan manasik, semuanya untuk orang yang diwakilkannya. Sementara pelipatan pahala shalat, towaf sunnah yang dilakukan di luar manasik dan bacaan AL-Qur’an untuk orang yang melaksanakan haji, bukan untuk orang yang diwakilkannya. ‘Ad-Diyaul Lami’ Min Khutobil Jawami’, 2/478.
     

  9. Yang lebih utama adalah seorang anak menghajikan untuk kedua orang tuanya, atau  Kerabat untuk kerabatnya. Tapi kalau dia menyewa orang selain keluarganya juga dibolehkan. Syekh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah ditanya, "Ibuku telah meninggal dunia sejak saya kecil, dia telah menyewa seseorang terpercaya untuk menghajikannya. Begitu juga ayahku telah meninggal dunia, saya telah mendengar dari sebagian kerabatku bahwa beliau telah menunaikan haji. Apakah boleh saya menyewa seseorang untuk menghajikan ibuku atau harus saya sendiri yang melakukannya. Begitu juga dengan ayahku, apakah saya sendiri yang melakukannya padahal saya telah mendengar beliau telah haji?" Beliau menjawab, "Kalau anda sendiri yang menghajikan untuk keduanya dengan cara yang lebih sempurna sesuai agama, maka itu yang lebih utama. Kalau anda menyewa orang yang agamanya baik dan amanah untuk menghajikan keduanya juga tidak apa-apa. Yang lebih utama, menunaikan haji dan umrah untuk keduanya. Begitu juga bagi orang yang menggantikannya anda dapat menyuruhnya menghajikan dan mengumrohkan untuk keduanya. Hal ini termasuk bakti dan berbuat baik anda untuk keduanya. Semoga Allah menerima amal kita semua." - (Fatwa Syekh Ibnu Baz, 16/408)
     

  10. Orang yang diwakilan untuk menghajikan orang lain, tidak boleh mewakilkan orang lain lagi kecuali ada kerelaan dari orang yang mewakilkannya. Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin rahimahullah berkata, "Tidak dihalalkan bagi orang yang telah mengambil upah untuk menghajikan (orang lain) dengan mewakilkan orang lain lagi, baik dengan biaya lebih sedikit atau lebih banyak kecuali dengan kerelaan pemilik orang yang telah memberikan (dana) kepadanya." - (Adh-Dhiyaul Lami Min Khutobil Jami, 2/478)

 

 

Apakah Syarat-syarat Badal Haji?

  1. Orang yang membadalkan adalah orang yang telah berhaji sebelumnya.

  2. Orang yang dibadalkan telah meninggal dunia atau masih hidup namun tidak mampu melaksanakan ibadah haji karena sakit atau telah berusia senja

  3. Orang yang dibadalkan hajinya mati dalam keadaan Islam.

  4. Diusahakan yang membadalkan lebih baik dari kalangan ahli keluarga dan lebih utama anak kandungnya sendiri. Namun, sekiranya tidak mampu, kami akan usaha untuk membantu tuan/puan.

 

Bagaimana pelaksanaan Badal Haji?

  • Upah Haji akan dilaksanakan oleh Haji & Hajah yang menetap di Kota Mekah yang terdiri daripada para ustaz, mutawif, pelajar ataupun penduduk Mekah yang berpengalaman luas dalam mengerjakan ibadah Haji setiap tahun..

  • Sijil dan juga cenderahati akan diberi setelah selesai pelaksanaan haji, tempoh sekitar sebulan atau dua bulan selepas dari musim haji.

  • Sebarang pertukaran alamat hendaklah dimaklumkan bagi memudahkan proses penghantaran sijil dan cenderahati.

  • Pihak pengurusan akan menghantar sijil dan juga cenderahati melalui kurier sekiranya waris diluar kawasan pihak pengurusan.

 

Apakah yang perlu anda lakukan untuk menempah pakej badal haji ini?

  • Borang hendaklah diisi dengan lengkap

  • Bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya bersama borang yang telah lengkap diisi

  • Bayaran untuk Upah Haji seorang RM2,000 meliputi 1 Haji + 1 Umrah + Sijil daripada pihak Mekah + Hadiah iringan yang berupa (Air Zamza, Minyak wangi, Kopiah, Tasbih, Sejadah)

  • Resit bayaran akan diberi.

Kami Menerima Bayaran Melalui:

Whatsapp/SMS:

Website ini diuruskan Oleh:

Tholand Waey Holiday Sdn Bhd

(KPL: 4883, LKU: 244)

5-1 Jalan Wangsa Delima 1A,

KLSC 3, Wangsa Maju,

53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-41433006

(waktu pejabat sahaja)

Privacy Policy | Disclaimer | Terms & Condition

Kami adalah ahli

Kami Mempunyai Lesen

© 2019/20 by Tholand Waey Holiday Sdn Bhd. All Right Reserved

  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
  • Black Instagram Icon
Image by Haidan Soendawy